top of page

RESEPI KEK COKLAT MOIST


Kek coklat moist ini adalah kek kukus coklat yang dilimpahi oleh coklat ganache yang mengiurkan. Kek coklat moist adalah kegilaan sesiapa sahaja. Tidak kira lah anda sekarang ini tua atau muda, kaya atau miskin, kecil atau besar. Anda pasti akan menyukainya dan menikmati sehingga menjilat jari.

Sekarang saya akan berkongsi cara-cara dan tips mudah untuk membuat kek coklat moist yang sedap dan terbaik. Berikut adalah bahan-bahan yang harus anda sediakan untuk membuat kek coklat moist ini. Sila ambil maklum bahawa kuantiti dan sukatan ini menggunakan sukatan cawan

Bahan Pertama:

  • Satu (1) cawan serbuk koko

  • Satu (1) cawan gula pasir

  • Satu (1) cawan susu cair

  • Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan

  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:

  • Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum

  • Satu (1) sudu serbuk penaik

  • Satu (1) sudu soda bikarbonat

  • Empat (4) biji telur

  • Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara-Cara Penyediaan :

  • Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

  • Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

  • Kukus kek selama 1 jam.

Resipi chocolate ganache

1 tin susu pekat manis 1 cawan serbuk koko sedikit butter sedikit susu segar/cair secukupnya kacau semua bahan secara double boil @ atas api kecil hingga pekat berkilat.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page