3 TIPS PEMILIHAN COKLAT YANG BAIK
Pemilihan coklat yang baik adalah perkara yang pertama perlu dilakukan sebelum menghasilkan coklat buatan tangan yang berkualiti. Menurut pakar coklat, ciri-ciri coklat yang bagus boleh dinilai dari segi permukaan coklat yang licin dan berkilat, bau coklat yang jelas, rasa coklat yang lembut dan mudah cair di dalam mulut dan bunyi‘snap’ apabila coklat dipatahkan. Jadi, untuk menghasilkan coklat yang sedemikian, pemilihan coklat yang betul adalah penting sebelum memulakan proses pembuatan coklat buatan tangan.
1 – Pastikan coklat yang anda gunakan mengandungi 40% atau lebih cocoa solids.
-Kandungan cocoa solids yang tinggi akan meningkatkan lagi rasa koko dalam coklat yang digunakan.
2 – Jika menggunakan coklat Couverture, kandungan cocoa butter dalam coklat tersebut seelok-eloknya mengandungi 32% atau lebih.
-Kandungan cocoa butter yang tinggi akan membuatkan coklat tersebut mudah cair dan lembutbila berada didalam mulut.
3 – Pastikan cocoa butter tersenarai sebagai bahan kandungan dalam coklat putih.
Coklat putih kebiasaannya gabungan gula, pepejal tenusu dan pelbagai jenis lemak (bukan cocoa butter). Untuk mendapatkan coklat putih yang berkualiti, cari cocoa butter sebagai salah satu kandungan coklat tersebut kerana cocoa butter akan memberikan rasa kecoklatan pada coklat putih tersebut.