top of page

MUFFIN PISANG NUTELLA


Jumlah Hidangan : 12 muffin

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 cawan oat

  • 1/4 cawan gula kastor

  • 1/2 cawan gula perang

  • 2 sudu teh baking powder

  • 1 sudu teh baking soda

  • 1/4 sudu kecil garam halus

  • 1 biji telur

  • 1/2 cawan susu full cream

  • 1/4 cawan minyak sayur (minyak jagung atau minyak canola)

  • 1 sudu kecil esen vanilla

  • 2 biji pisang saiz besar (ATAU 3 biji pisang saiz sederhana), lecek halus

  • Nutella secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.

  2. Di dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda dan garam. Kacau hingga semuanya sebati.

  3. Di dalam mangkuk berasingan, pecahkan telur dan masukkan minyak sayur, esen vanilla, dan pisang yang dilecek.

  4. Tuang bahan campuran tepung ke dalam adunan basah dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk atau whisk. Jangan terlebih kacau dan memadai jika campuran bergaul sebati.

  5. Kautkan adunan menggunakan sudu atau ice cream scoop ke dalam muffin tin (anggaran 12 biji muffin saiz besar).

  6. Letakkan 1 sudu kecil nutella di atas adunan dan kacau menggunakan pisau kecil atau lidi halus supaya menjadi bentuk swirl yang cantik.

  7. Bakar selama 17-20 minit atau sehingga bilah lidi dicucuk dan tidak melekit.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page