JENIS-JENIS KEJU
Keju Cheddar
Keju Cheddar mempunyai tekstur yang agak keras dan ia tidak cair walau dibakar dalam suhu yang tinggi. Oleh itu ia lebih sesuai untuk hiasan atas roti, piza, kek atau biskut. Keju cheddar terdapat dalam bentuk kepingan boleh dimakan begitu sahaja dengan roti.
Keju Mozarella
Keju Mozarella digunakan untuk hiasan atas pizza topping kerana ia akan cair dalam suhu yang tinggi. Apabila ditarik, ia akan membentuk seperti tali pada pizza tersebut.
Krim Keju (Cream Cheese)
Di pasar raya biasa, krim keju dijual dalam kotak kecil yang beratnya 250gm. Jenama yang biasa ialah Philadelphia. Keju ini telah ditambah krim dan mengandungi kandungan lemak susu sehingga 45%. Ia berwarna kuning susu dan paling sesuai membuat pelbagai jenis kek keju. Ia mudah lembut pada suhu bilik dan lebih senang untuk diputar bersama dengan gula. Ada juga krim keju jenis spreadable cream cheese dan tidak sesuai membuat kek. Ia lebih sesuai untuk disapu dengan roti.
Keju Mascarpone
Keju Mascarpone pula adalah sejenis keju krim yang bermutu tinggi dan sesuai untuk membuat kek. Namun ia agak mahal dan sukar di dapati di pasaran tempatan.
Keju Parmesan
Sering digunakan dalam masakan ala Barat seperti pasta dan lain-lain. Di pasaraya, keju ini dijual dalam bentuk serbuk dan lebih mudah dicampurkan dalam masakan.