top of page

MENTEGA VS MARGERIN

Soalan perbezaan Mentega dan Margerin ini sering kali ditanya oleh sahabat yang keliru kerana bentuknya hampir sama.

Jom kenali ciri – cirinya sehingga anda boleh mengetahui kegunaannya dalam masakan dan kuih .

MARGERIN

Marjerin dibuat dari lemak sayuran dicampur bahan – bahan lain . Teksturnya lebih padat / keras, berwarna kuning terang , tidak mudah meleleh , dan dijual dalam bungkusan mangkuk plastik atau bungkusan plastik .

Jika dipanaskan , margarin akan mencair dan berubah menjadi minyak berwarna kuning tua dengan sedikit mendapan . Jika dikacau , margarin akan mudah lembek . Margarin sering digunakan sebagai bahan tambahan untuk masakan , membuat sos , masakan yang ditumis , dan campuran dalam minyak goreng agar hasil gorengan lebih sedap dan rangup .

MENTEGA

Mentega atau butter diperbuat dari lemak susu haiwan yang diproses dengan bahan tambahan lainnya seperti air, garam, dan susu . Oleh Kerana mentega diperbuat daripada lemak haiwan , aroma mentega lebih kuat dan menyelerakan.

Warna mentega kuning pucat dan mudah meleleh . Sebagai perbandingan , mentega lebih mudah meleleh ketika dipanaskan daripada marjerin . Mentega dijual dalam bungkusan kertas aluminium dan boleh didapati di bahagian bahan makanan yang sejuk di layan diri dimana-mana pasar raya atau kedai kek.

KEGUNAAN

Jika ingin membuat biskut atau kuih yang teksturnya kering dan garing tetapi lembut, gunakan mentega. Selain teksturnya lebih bagus, aromanya pun lebih harum . Lain halnya jika anda ingin membuat kek, biasanya jika digunakan mentega, hasil keknya kurang elok kerana daya tahannya kurang elok sehingga kek tidak dapat mengembang sempurna dan tidak tahan . Namun, jika memang perlu menggunakan mentega, tambah cake emulsifieragar hasilnya lebih sempurna .


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page