top of page

APA ITU BAKING POWDER ?


Merupakan bahan penaik kimia berbentuk serbuk kering yang digunakan untuk menambah isipadu atau meringankan tekstur produk pastri seperti kek, mufin, skon dan biskut. Kebanyakan produk pastri yang dibakar memerlukan bahan penaik agar ia naik dengan gebu dan lembut

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

~ Pada umumnya, satu camca teh (5ml) serbuk penaik digunakan dalam nisbah adunan sebanyak satu cawan (200-250gm) tepung, satu cawan cecari dan satu biji telur. Bagaimanapun, anda dinasihatkan mengurangkan penggunaan baking powder dalam adunan yang terlalu berasid kerana keasidan tinggi yang sedia ada dalam adunan seperti jus limau, buttermilk, dan madu akan memberikan rasa kurang enak pada makanan.

~ Penggunaan baking powder perlu dikurangkan dan ditambah serbuk soda apabila adunan mengalami keasidan yang berlebihan. Misalnya, satu cawan tepung, satu biji telur dan satu cawan buttermilk memerlukan hanya setengah camca teh baking powder dan setengah camca teh serbuk soda.

~ Asid yang sedia ada daripada bahan-bahan yang akan digunakan akan bertindak balas untuk menaikkan produk itu dengan serbuk soda.

~Terlalu banyak penggunaan baking powder akan menyebabkan

* rasa yang pelik dan tidak sedap

* naik dengan cepat dan menyebabkan produk yg diabakar jatuh atau terlalu merekah selepas dibakar.

* tekstur produk menjadi terlalu kasar, rapuh dan akan terjadi lekuk luas di tengah-tengah.

~ Terlalu sedikit baking powder pula akan menyebabkan kek terlalu padat dan tidak naik.

CARA SIMPAN

~ Baking powder boleh menjadi rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Baking powder yang lebih dan tidak disgunakan hendaklah ditutup rapat dan disimpan ditempat yang kering. Baking powder yang baik adalah yang masih kekal dalam bentuk serbuk dan tidak menjadi padat. Jika ia disimpan dalam keadaan baik, ia boleh tahan selama enam hingga 12 bulan.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page