top of page

RESEPI PAVLOVA


Bahan-bahan:

4 biji Telur (Large)

200 grams gula castor

1/2 tsp vanila esen

1 tsp white vinegar (cuka makan)

1/2 tbs tepung jagung

Topping:

240 ml heavy wheeping cream (saya pakai fresh cream jenama Value Pride yang soft blend sebab kurang manis)

1/2 tsp vanila esen

Fresh Fruit - Kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, atau apa-apa sahaja yang anda suka.

*Pukul fresh cream sehingga kental dan masukkan esen vanila pukul sebati.

Cara-caranya:

1.Panaskan oven (suhu 130dc) dan letakkan redai dibahagian tengah oven. Alaskan loyang dengan baking paper sheet. Sebelum itu buat lakaran bulat sebagai panduan untuk membentukkan adunan pavlova bila dah siap. terbalikkan baking paper supaya lakaran tadi berada dibahagian bawah.

2.Didalam satu mangkuk besar, pukul putih telur dengan kelajuan sederhana hingga putih(soft foam) dan apabila kita terbalikkan mangkuk, adunan tadi tak jatuh.

3. Masukkan gula sedikit demi sedikit dengan kelajuan yang tinggi sehingga meringue kelihatan berkilat dan gebu. (cuit dengan jari, jika adunan meringue masih kasar, teruskan memukul hingga tidak lagi terasa kasar. Jangan terlebih pukul sudah la.)

4. Teruskan memukul dan masukkan vanila esen, cuka dan tepung jagung, kaup balik hingga sebati. (saya pukul pakai mixer sekejap).

5. Ambil adunan meringue tadi, letakkan diatas loyang yg telah diletakkan baking paper td. Bentukkan mengikut bentuk yang anda lakar tadi. Bila dah selesai, Masukkan dalam oven, bakar selama 60 - 75 min sehingga kuning keperang-perangan.

6. Apabila selesai, buka pintu oven, dan biarkan pavlova sejuk didalamnya. Jika kita perhatikan, pavlova tadi akan menjadi rangup dibahagian luar, dan lembut seperti marshmellow dibahagian dalamnya. Jika dah sejuk, boleh la hias dengan fresh cream & buah-buahan yang anda suka.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page